Belimbing Jeruk

Salam, kali ni saya akan ceritakan bagaimana hendak membuat jeruk belimbing buluh.. Resepi orang dulu-dulu nih.. Untuk pengetahuan para bloggers, belimbing ada dua jenis pertama jenis yang berwarna putih dan satu lagi berwarna hijau.. Ia ada perbezaan.. Yang putih kurang masam manakala yang berwarna hijau memang masam.. Tetapi kedua-duanya amat sesuai untuk dibuat jeruk belimbing..

Ambil setengah kilo belimbing buluh yang agak besar dan potong hujung dan pangkal buah belimbing.. Basuh bersih-bersih… Dan masukkan kedalam botol plastik, atau pun balang kaca.. Perap dahulu dengan garam sehingga air belimbing itu keluar. perap sehingga kecut dan masukkan satu sudu kecil cuka dan masukkan air sehingga tenggelam belimbing tadi.. Setelah tiga atau empat hari, bolehlah dihidang bersama belacan bakar atau belacan goreng.. Dinasihatkan makan bersama nasi yang masih panas.. InsyaAllah anda akan mendapat khasiat yang tinggi dari belimbing tadi..

P/S: Selamat mencuba.. Orang perempuan mesti suka..

About these ads

8 thoughts on “Belimbing Jeruk

  1. aNgRiAni says:

    setapppnyer belimbing buluh tu kalau makan dengan ikan bakar dan sambal….adeii meleleh air liur riani..hiks…

  2. GameMaster says:

    Dah agak dah… hehehe.. memang orang perempuan ni suka makan masam2.. Kalu makan letak garam lagi tak yah cerita la..

  3. echah_syed says:

    combi buat basuh ikan n ayam..buang hanyirr :p

    cubalaa.. :D

  4. sepi says:

    kalau masak asam pedas, belah dua belimbing tu dan masukkan sebagai bahan terakhir sblum diangkat untuk dihidang… [petua dari mak sy…]

  5. suara says:

    salam.
    Saya suka makan belimbing dalam masak lemak ikan kering. bila jeruk tak suka sangat, masaammm…

  6. GameMaster says:

    Memang banyak kegunaan belimbing buluh nih

  7. Mak Su says:

    saya tak pandai makan asam, tapi arwah mak saya kalau menggulai daging salai or ikan mesti taruh belimbing buluh versi hijau, eerrrmmmm, walllaaa

  8. Kakak Tiri says:

    Tak pernah jumpa jeruk belimbing nih. Selalu jeruk asam kelubi sajew,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s