Ops Sikap 13: 17 lagi maut hari keempat, jumlah 66 orang

KUALA LUMPUR 11 Okt. – Jumlah kematian akibat nahas jalan raya yang direkodkan pada hari keempat Ops Sikap 13 semalam, terus meningkat apabila 17 orang lagi terkorban, menjadikan jumlah keseluruhan kematian 66 orang sejak operasi itu bermula Ahad lepas.

Menurut kenyataan polis Bukit Aman di sini hari ini, sebanyak 17 kes kemalangan maut dilaporkan dalam tempoh 24 jam di seluruh negara.

Mereka yang terbunuh itu ialah enam orang penunggang motosikal, pemandu kereta (empat), pejalan kaki (tiga), penumpang kereta (dua) dan masing-masing satu bagi penumpang lori dan pembonceng motosikal.

Sebanyak 1,186 kemalangan juga dicatatkan semalam dengan jalan persekutuan merekodkan jumlah kemalangan maut tertinggi iaitu sebanyak tujuh kes diikuti empat di jalan negeri, tiga di lebuh raya, dua di jalan bandaran dan satu di jalan lain.

Daripada kes-kes kemalangan itu, 518 kes berlaku di jalan bandaran, jalan persekutuan (294), jalan negeri (197), lebuh raya (121) dan jalan-jalan lain (56).

Sebanyak 10,809 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik dalam tempoh sehari melibatkan pelbagai jenis kesalahan, menjadikan jumlah saman yang dikeluarkan sepanjang empat hari ini ialah 42,245 saman.

Sementara itu, seramai 143 penumpang bas dan sembilan penunggang motosikal turut ditahan semalam akibat positif dadah iaitu di Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Kelantan dan Sabah. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s