Telur Asin

Haaa… Barang makin lama makin naik. Dimanakah hendak kita berjimat. Resepi kali ini agak kecil tapi ia boleh menjimatkan kepada penggemar-penggemar telur itik asin. Sekarang ini sebiji telur asin harganya rm 0.80..

Cara-cara nak buat telur asin

Bahan-bahan.

1. Telur itik (telur itik nila ataupun itik jawa). Angsa boleh tapi telurnya agak besar.
2. Garam secukup rasa (anggaran sekilo ke 2 kilo).
3. Air
4. Botol plastik atau bekas kaca (Macam bekas simpan kuih raya).

Cara-caranya.

1. Dapatkan beberapa banyak telur itik sebanyak mana yang anda suka.
2. Jerangkan air hingga mendidih anggaran 1-3 liter air mengikut jumlah telur.
3. Masukkan garam tadi sehingga larut. Rasa air garam tadi semasin-masin garam yang asal tadi.
4. Angkat dan sejukkan sehingga betul-betul sejuk.
5. Masukkan air garam kedalam bekas atau botol. Dan masukkan telur itik tadi seberapa banyak yang boleh. Kemudian ditutup.
6. Biarkan hingga dua minggu. InsyaAllah telur tersebut akan menjadi lemak dan boleh direbus untuk membuat lauk.
7. Untuk mendapatkan telur yang lebih masin, Biarkan ia rendam selama satu bulan. Terima kasih..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s