Mari Berpantun…

Sempena musim cuti sekolah ini, pasti banyak pasangan yang melangsungkan perkahwinan.. Di sini saya akan menyedia 2 rangkap pantun khusus untuk penggemar pantun yang suka berbalas pantun dengan tuan rumah semasa musim perkahwinan.. Pantunnya berbunyi:

Rendang-rendang pokok belimbing,
Cantik bunganya berwarna merah,
Melihat pengantin duduk bersanding,
Mengapa Pak Long tak tentu arah.

Pokok kelulut dahan bercabang,
Tersentuh buah melekat dibaju,
Kami dijemput, kami dah datang,
Untuk raikan pengantin baru.

P/S: Sesiapa yang kat sini pandai pantun silalah balas pantun tersebut..

5 thoughts on “Mari Berpantun…

  1. Kasawari says:

    Atas pokok banyak labah labah,
    Ambil kan saya segulung benang
    Sudah tentu Pak Long mengelabah,
    Anaknya 5 orang belum dipinang

    Hari Sabtu ke Bandar Kelang,
    Hendak mencari sebuah talam
    Cepat tetamu cepat lah pulang
    Pengantin dah tak sabar menunggu malam

  2. Gamemaster says:

    Terima kasih kasawari kerana berpantun.. Saya akan update lagi pantun pada masa akan datang

  3. Hafiz XY says:

    Beli tepung di kedai Pak Ajis,
    Harganya murah lepas ditawar,
    Tiba giliran Pak Long merenjis,
    Tapi dah habis air mawar.

    Tanam jagung belakang rumah,
    Tunggu setahun tak tinggi-tinggi,
    Tetamu yang datang memang ramah,
    Panjang umur datanglah lagi.

  4. Gamemaster says:

    Terima kasih mr Hafiz xy.. saya akan updatekan lagi pantun pada masa akan datang

  5. TIRAI HIDUP says:

    Pergi bercanda bersama Farah,
    Kini menjadi kenangan terindah,
    Pak Long jadi tak tentu arah.
    Teringat mak long hatinya gundah.

    Pi pulau Pinang naik feri,
    Terjun laut kerana melatah,
    Kami ni jenis makan free,
    Bujur lalu lintang patah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s