Durian


Ok, semua kenal durian dan suka makan durian. Tahu nak kopek durian? dan tahu tak resepi resepi durian. Ini adalah senarai resepi buah durian.

1. Lempuk durian.
2. Bubur ataupun pengat durian.
3. Wajik durian.
4. Dodol durian.
5. Talam durian.
6. Nasi durian.

Hari ini saya akan ceritakan bagaimana resepi nasi durian.

Bahan-bahan
1. Isi durian yang bagus. (tiada sukatan)
2. Santan Kelapa. (tiada sukatan)
3. Gula Melaka. (tiada sukatan)
4. Gula Pasir.
5. Garam secukup rasa.
6. Nasi panas. (Mengikut kemampuan anda makan)

Cara-caranya.
1. Sediakan nasi yang panas.
2. Curahkan setengah cawan santan atau lebih ke atas nasi yang panas tadi.
3. Ambil gula melaka yang telah dihancurkan beserta dengan sedikit gula pasir.
4. Kacau santan dengan gula hingga sebati.
5. Letak secubit garam mengikut citarasa anda.
6. Masukkan isi durian ke dalam bahan tadi dan gaulkan hingga sebati. Anda boleh menggunakan tangan ataupun sudu.

Sekiranya ada bahan yang kekurangan anda bolehlah tambah sedikit demi sedikit. Tapi letakkan lebih isi durian. Cubalah.

5 thoughts on “Durian

  1. Noushy Syah says:

    hehhehhe…learning to love durian, insyaallah🙂

  2. nanonano says:

    *pening*
    xske durian, mahupun baunye,
    tp ske tempoyak,
    ngeh !😀

  3. GameMaster says:

    Terima kasih keranan memberi komen. Pasal durian ni terpulanglah lah kepada orang. Ada yang minat ada yang tak. Macam orang putih. mula mula tak suka durian lama-lama suka makan durian.

  4. markpaul says:

    I love DURIAN. I could eat the whole fruit by myself!

    marcopolo.i.ph

  5. GameMaster says:

    Really

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s