Lembu Dan Kerbau.



Salam.. Al-kisah cerita ini dari nenek saya dahulu kala, lembu dan kerbau adalah sahabat karib. Sering makan bersama, mandi bersama, duduk di kandang yang sama. Dulu-dulu, kerbau bukannya bewarna hitam tetapi kerbau berwarna-warni. Lembu pula hanya warna kelabu. Oleh kerana sahabat baik. Satu hari lembu bertanyakan kepada kerbau, “Alangkah cantiknya kulit kamu, bolehkah saya meminjamnya sebentar.” Keaddan fizikal lembu dengan kerbau ada bezanya. Saiznya besar sikit antara satu sama lain. Lalu kedua sahabat ini pergilah mandi sungai. Selepas puas berendam maka naiklah ke darat. Dan masing-masing menukar kulit masing-masing. Apabila lembu memakai kulit kerbau yang cantik tadi, nampak gelebeh atau longgar sana-sini terutama dibahagian leher dan perut tetapi malangnya si Kerbau setelah menyarung kulit lembu terlalu ketat sehingga nak membukanya semula pun tak boleh. Dicuba-cuba beberapa kali pun tak boleh juga. Lalu menangislah kerbau tersebut dan lari membawa diri. Yang si lembu juga berasa sedih dan rimas kerana lebihan daging yang dia ada.

P/S: Itu sebab lembu dan kerbau keadaan yang serupa keadaan ini sekarang.. Kepada bloggers fikir-fikirkan lah..

4 thoughts on “Lembu Dan Kerbau.

  1. f.i.f.i.E says:

    cmne ek rupe kerbau yg bwarna warni itu??Hehe

  2. GameMaster says:

    Terima kasih kerana memberi komen fifie.. Kerbau warna-warni tu macam lembu yang ada sekarang ni la lebih kurang. Cuma kerbau tu kalao berwarna -warni tu badan di tegap sikit..

  3. f.i.f.i.E says:

    baik cikgu =p

  4. GameMaster says:

    Baik anak murid camni.. hehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s