Cendol Pujaan

Assalamualaikum kepada bloggers sekalian.. Apa khabar anda hari ini.. Teringat tak nak minum cendol. Cendol buatan sendiri lebih baik daripada cendol beli. Disini saya dengan tulus ikhlas ingin memberi resepi membuat cendol pujaan.

Bahan-bahannya ialah

1. Tepung beras.
2. Tepung kanji ataupun tepung sagu.
3. Air.
4. Beberapa helai daun pandan wangi.
5. Perkakas untuk membuat cendol (Mesin Sanwa).

Cara-cara…

1. Tepung beras dibancuh cair hingga tak melekat pada tangan. Kemudian campur sedikit tepung kanji ataupun tepung sagu.
2. Daun Pandan dikisar halus didalam blender dan kemudian tapis airnya dan masukkan kedalam tepung beras yang telah di kacau tadi..
3. Masukkan sedikit garam secukup rasa..
4. Setelah semua sebati dan warnanya pun cantik kehijau-hijauan pandan dan wangi sekali, Tenggekan di atas dapur. Mula kacau sehingga berkilat.
5. Selepas berkilat, masukkan cendol yang pekat tadi ke dalam mesin sanwa dan mulalah menekan dalam bekas yang mengandungi air.. Jadi cendol tersebut akan jatuh ke dalam air..
6. Dah jadi cendol..

Cara-cara untuk hidangkan

Bahan-Bahan

1. Santan kelapa.
2. Sedikit garam.
3. Gula Melaka.
4. Ais

Biasanya santan dimasak terlebih dahulu dan diisikan garam sedikit. Ambil secawan santan masukkan cendol, gula melaka yang dicairkan tadi dan masukkan ais. Dan hidangkan kepada keluarga.. Kalau kurang gula tambah lagi gula Melaka tu.. Selamat Mencuba..

P/S: Cendol ni kalau makan tengah hari memang best.. lebih-lebih lagi tengah panas..

14 thoughts on “Cendol Pujaan

  1. Hafiz XY says:

    Gamemaster, knp la time2 saya tgh batuk ni kamu letak entri tapai dan cendol? Kempunan saya dibuatnya…Isk isk…

  2. nanonano says:

    wahh !
    minat giler cendol cmneh,
    tp xpenah buat pun,
    huhuhu :p
    beli je,sedap gak hape :p

  3. GameMaster says:

    Takpe, cendol beli pun sama juga..

  4. papapam traffic says:

    cendol segeer..

  5. kekCoklat says:

    Salam to cendol maker..hauhauhaua…sdapnye cendol…Apsal la anonymous x leh komen…?

  6. GameMaster says:

    Saje setkan supaya dapat kenal rakan bloggers semua

  7. mUaDZam ShaH says:

    fullamak!!! cendol my peberet ni!! klu tarok pulut lagi umphh!!!

  8. GameMaster says:

    Memang best.. Tapi lagi best letak kacang merah..

  9. Lily.Lulu. says:

    kita x makan cendol maaa …
    kalau abc yer

    😀

  10. GameMaster says:

    cendol bukan untuk diminum ke. hehehe

  11. arsaili says:

    wahhh bole belaja ni..yum yum yum

  12. jemari menari says:

    wahh..last mkn cendol masa bln posa ri tu..tetibe tingin nk mkn cendol pulut kat seksyen 17..huhu

  13. ryann says:

    woooi…selera la pulak.tengah panas dapat cendol sedappp tu

  14. Hanafi says:

    salaam gamemaster, macam sedap je cendol tu…boleh bagi tak resepi cendol yang lengkap dengan sukatannya sekali…

    mesin sanwa tu dimana boleh dapat?…

    thanks.. :p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s