Rahsia Tulang Lembu


Salam.. Ok hari ini kita cerita pasal tulang lembu.. Biasa kita dengar tulang lembu selalunya dikaitkan dengan sup gearbox. Pada zaman dahulu, sup gearbox telah pun ada tapi namanya lain iaitu kita panggilnya sup tulang. Setiap kali datangnya bulan ramadhan, hari raya puasa dan raya haji. Tulang-tulang ini amat berguna dikalangan masyarakat melayu. Pada yang belum tahu apa yang ada dalam tulang lembu.. Sebenarnya ada sejenis lemak yang dipanggil sum-sum. Apabila dibuat sup dicampurkan dengan cuka sedikit dan kicap sedikit rasanya sungguh enak. Disamping cebisan daging yang ada di tulang lembu tadi. Ia menjadi kegemaran orang melayu dahulu sampailah sekarang.

Adakah anda mengetahui apa akan terjadi pada tulang-tulang ini selepas itu. Dahulu, sebelum ada baja moden untuk membaja sawah. Tulang-tulang ini dikeringkan dan dilonggokan dibawah pokok dan kadang-kala disangkutkan dicelah pokok. Keadaan ini menyebabkan kehadiran serangga yang bernama kerengga. Apabila tulang-tulang ini cukup kering. Tulang-tulang ini akan dibakar sehingga hangus dan lepas disejukkan ditumbuk halus. Selepas proses itu, serbuk tulang tersebut akan dimasukkan ke dalam bekas ataupun lubang yang digali ditanah dan dicampur dengan air. Dengan itu jadilah baja asli untuk penanam sawah padi sebelum benihnya diubah(ditanam) di petak-petak sawah.

P/S: Pada masa itu baja ini memang sesuai untuk padi 6 bulan terutamanya padi malinja.

2 thoughts on “Rahsia Tulang Lembu

  1. faisal says:

    huhu, penah gak dengar benda tu dulu,hehee..tapi skrang dah jarang buat camtu..skrang ni org carik kulit dia plak,ehhee..:) ada lembu 6 ekor skrang tapi org jaga..nak beli lagi dua ekor jaga sendiri,heheee

  2. GameMaster says:

    oo..Penternak lembu ke saudara faisal

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s