Boleh Mintak Air


Salam, hari ini saya akan menceritakan sebuah kisah dan seperti biasa juga saya memerlukan jawapan daripada anda semua untuk menyelesaikan masalah cerita ini.. Cerita berbunyi begini. Pada satu hari ada seorang pakcik yang bisu sedang menjaga kolam air.. Pakcik tersebut sentiasa berusaha untuk bercakap walaupun sedikit. Jadi beliau mencuba dengan loghat dia sendiri. Dan akhirnya beliau hanya dapat mengucapkan perkataan tidak. Nak dijadikan cerita, ada seorang bujang sedang lalu disitu untuk mengambil air dan terjumpa pakcik tersebut. Adat orang melayu kalau berjumpa dengan orang mesti memberi salam. “Assalamualaikum pakcik, boleh saya tumpang ambil air disini”. Dan jawab pakcik tersebut dalam loghat bisunya berkata tidak.. Maka berlari si bujang tadi sambil menangis.

Seperti biasa, kali ini seorang budak kecil pula ingin mengambil air dan seperti biasa juga jawapan yang diberikan tidak. Begitulah seterusnya sehingga 3-4 orang. Datanglah seorang pemuda yang nampaknya boleh membantu. Dia pun mendekati kumpulan orang yang gagal mengambil air tadi. Dan berkata “Apa masalahnya ni”. Lalu kumpulan tersebut tadi memberitahu yang ada seorang pakcik bisu tidak membenarkan orang mengambil air di kolam tersebut. Lalu pemuda tersebut menghampiri pakcik tadi dan memberi salam.. Sila berikan jawapan pada soalan ini..

P/S: Soalan kali ni senang sikit. Pemenang akan mendapat hadiah makan dirumah sendiri sampai bila-bila. Hehehe.. Belum ada sponsor lagi nak beri hadiah..

17 thoughts on “Boleh Mintak Air

  1. cikgu panji says:

    No idea. Nanti nak PK…

  2. GameMaster says:

    ok.. sila cuba ya

  3. TokNabe says:

    Hah… tunggu orang kasi jawapan dululah.

  4. PakTeh says:

    tanya kat pakcik tu: “Pakcik ke tuan kolam ni?”. .. lepas tu..”kena bayar ke?” .. lepas tu..”kami nak ambil air kat sini, pakcik marah ke?..

    jawapan pakcik tu , kita dah tahu..

  5. GameMaster says:

    Salah juga pakteh.. Pakcik tu bisu. Macam mana dia nak cakap dengan pemuda tu.. Yang dia tahu sebut tidak je.. Cuba lagi

  6. ann-nessa says:

    ermm kena pk bebanyak kali dulu ni.. soklan trick gak ni😀

  7. GameMaster says:

    Memang soalan trick.. Tapi saya rasa mesti ada orang boleh jawab punya

  8. SoReNsEn says:

    tanya kat pakcik tu, “pakcik boleh tak kalau saya TAK ambik air kat kolam ni?”…

    kan settle masalah diorang🙂

  9. GameMaster says:

    Tak boleh gak.. Ada jawapan lain lagi

  10. Hafiz XY says:

    Pemuda tu tanya, “Pakcik marah tak kalau saya ambil air kat sini?”

  11. GameMaster says:

    Boleh terima jugak la jawapan ni.. tapi ada ayat yang lebih tepat lagi tak

  12. Kurt Kuden says:

    ni jawapan aku

    Ni kolam air pak cik ke?

    hahaha

  13. Kurt Kuden says:

    lupe nak tambah..

    dah pakcik jawab tidak..

    so suke ati laki tu la nak amik air sbb bukan air pak cik punye haha

  14. GameMaster says:

    Jawapan yang hampir tepat adalah jawapan saudara hafiz xy..

  15. deennasour says:

    jawapannya,,

    “pakcik2,kalau pakcik bagi kitorang ambik air, pakcik kata TIDAK, kalau pakcik tak bagi, pak cik kata YA,”

    kan settle…wakaka

  16. Gamemaster says:

    Pakcik tersebut hanya boleh cakap tidak sahaja.. Bagaimana budak2 tu hendak ambil air. hehehe

  17. tunas says:

    “Adakah pakcik akan halang saya ambil air kolam ni?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s