Mak Andam


Salam sejahtera bloggers dan rakan-rakan sekalian. Kisah ini memang kisah benar dari keluarga saya. Kalau masa cuti sekolah, siapakah orang yang paling sibuk sekali. Tentulah mak andam yang sibuk dengan majlis perkahwinan. Tahukah anda keistimewaan mak andam dahulu dan sekarang. Kalau kita tengok mak andam zaman dahulu, berbeza dengan mak andam sekarang ni. Kalau kita tengok majlis persandingan hari ini, mereka lebihkan kepada aksesori luaran sahaja seperti bunga-bungaan, hiasan-hiasan lampu, baju yang mahal dan lain-lain yang tidak ada kena mengena dengan daya penarik pengantin itu sendiri.

Kalau nak di kirakan Mak andam zaman dahulu, itu semua tak penting, yang penting sekali naik seri muka untuk kedua-dua mempelai. Apa yang mak andam dahulu ada ialah sepasang kerusi, pentas untuk pengantin, seberkas bunga, kain hiasan pelamin, dan pakaian pengantin. Tak semewah sekarang. Tetapi ada satu rahsia ataupun keistimewaan mak andam dahulu yang amat penting.

Mak andam dahulu ada kepandaian dalam menyelenggarakan pasangan pengantin. Kadang kala mereka ini ada jampi serapah contohnya menaikkan seri muka kedua-dua pengantin yang jarang ada diketika ini. Itu sebab orang dahulu, seboleh-boleh hendak tengok pengantin bersanding atas pelamin. Sebenarnya mak andam dahulu menyediakan sireh seri muka untuk dikunyah oleh kedua-dua pengantin. Ada juga mak andam yang pandai apabila menyikat rambut pengantin perempuan dan dari situ dia mengetahui pengantin perempuan ini DARA ataupun TELAH DIUSIK. Dari situ juga mak andam terpaksa menaikkan seri muka semasa berhias. Ada sesetengah mak andam yang berilmu memberikan nasihat untuk tanggungjawab rumah tangga kepada pengantin perempuan dan juga akhir sekali macam mana hendak memulakan kehidupan dengan suami.

P/S: Jika sesiapa nak kahwin nanti gunalah khidmat makcik-makcik yang dah berpengalaman .

2 thoughts on “Mak Andam

  1. taqwaforever says:

    benarkan saya berkomentar di sini ya?~ maaf saya ada sedikit tambahan. mak andam tugasnya menyolek pengantinkan? tetapi kekadang mereka menganggap solekan itu lebih penting daripada menunaikan kewajipan sembahyang. setahu saya menyolek itu memakan masa yang lama. lebih kurang beberapa jam( 4 jam rasanya) sebelum bersanding. dan majlis persandingan tersebut bermua lebih kurang waktu zohor atau selepas waktu itu.

    tetapi apa yang realitinya, apabila tiba waktu zohor, mengapa mereka tidak mahu mengmbil wudhu’ setelah tibanya waktu zohor. adakah kerana untuk menjaga “make up” yang telah dihias. bukankan lebih mudah sekiranya tidak bersolek? dan wudhu’ itu sendiri akan memberikan cahaya kepada wajah kita. bukan sekadar itu sahaja, apabila kita menunaikan solat, bertambah lagi seri muka yang tiada tolok bandingannya. hebat bukan “kosmetik” yang Allah beri kepada kita. “kosmetik” itu bukan sekadar mencantikkan luaran wajah kita, malah dalaman hati kita bertambah suci dan bersih.

    ~maaf kerana berhujah tanpa keizinan. harap pemilik blog ini membenarkannyua. Wallahu A’lam~

  2. GameMaster says:

    Terima kasih diatas komen anda. Mak andam dulu-dulu tak pernah lupakan sembahyang(yang saya ceritakan mak andam dahulu kala) malah mak andam ini mengajar ilmu agama kepada pengantin perempuan semasa mengandam. Itu sebab kalau kita tengok pada zaman itu, waktu bersandingnya berakhir pada pukul 1. Lagipun alat-alat soleknya hanyalah bedak, gincu yang senang dibasuh dan bukan macam sekarang.

    Mak Andam dulu-dulu, lepas bersanding mereka diarahkan sembahyang sunat. Itulah yang dikatakan mak andam yang berilmu.

    Terima kasih sekali lagi kerana anda mengambil perhatian tentang perkara ini. Wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s