Air Jaram


Salam, ini adalah salah satu daripada perubatan tradisional. Air jaram ini adalah sesuai untuk menyejukkan panas badan selain daripada air asam jawa ataupun air cap badak. Pada zaman dahulu, kalau orang kata anak kena sampuk, air jaram ini boleh digunakan untuk menghalau setan-setan. Air jaram ini diperbuat daripada:

1. Daun sireh.
2. Daun Durian Belanda.
3. Bawang Kecil.
4. Bawang Putih.
5. Sedikit Beras

Untuk membuat air jaram ini, memerlukan semangkuk besar air (mangkuk nasi) dan masukkan daun sireh, daun durian belanda, bawang kecil, bawang putih dan sedikit beras dan diramas hingga sebati. Dikatakan orang dulu-dulu airnya bertukar kemerah-merahan, mungkin terkena sampuk. Kalau air tersebut tidak bertukar warna, tiada masalah kepada pesakit. Air disapu dari kepala hingga keseluruh badan sehingga basah. Dikatakan juga orang dulu-dulu, InsyaAllah demam panas dan rasukan setan akan sembuh.

P/S: Saya pernah kena demam yang panas masa kecil dahulu dan nenek saya mengubatinya mengunakan air jaram. Alhamdulillah sembuh penyakit.

5 thoughts on “Air Jaram

  1. meera says:

    pes taim dengar air jaram ni…😀

  2. Zura@Kak Long says:

    kat kg dulu..mmg selalu dengar ir jaram ni dan selalu juga kena basah satu badan bila demam…

  3. Gamemaster says:

    Itulah rawatan orang dulu-dulu

  4. arsaili says:

    bole la cuba ..cuma daun2 tu susah nk cari aa

  5. GameMaster says:

    Tak susah jugak la nak cari daun ni.. Kat kampung boleh jumpa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s