Lalang

Salam, ku tanam padi tumbuhnya lalang, itu peribahasa orang-orang dulu yang masih relevan hingga sekarang. Maksud peribahasa ini adalah mengharapkan yang baik tetapi sebaliknya yang datang. Ada lagi orang kata “Engkau bagaikan lalang” yang bermaksud pendirian seseorang tidak tetap. Lembu dan kambing pun tak suka lalang. Tetapi di sebalik keburukan lalang ini ada satu perkara yang ada tidak tahu.. Untuk hari ini saya berkongsi pengalaman dengan arwah nenek saya yang diturunkan kepada ayah saya tentang kebaikkan lalang ini.

Kalau anda pergi ke padang-padang yang terbiar yang dipenuhi dengan lalang, cuba cabut lalang yang tua usianya atau yang besar dan tentukan ada satu akar tunjang di mana apabila kita kupas kulitnya akar tadi ia berwarna putih. Kumpulkan seberapa banyak akar tunjang yang boleh dan dibasuh bersih-bersih dijemur sehingga kering. Apabila dah kering, ambillah semangkuk air dijerang didalam periuk bersama ketulan gula batu dan rebus sehingga mendidih. Apabila sudah sejuk, minum seperti minum air biasa. Khasiatnya ia boleh melegakan rasa panas dalam badan. InsyaAllah diizinkan tuhan sekiranya ada sakit-sakit yang lain akan diubati juga. Cubalah.

P/S: Jangan sangka lalang tiada gunanya.. hehehe

8 thoughts on “Lalang

  1. Abang Putra says:

    Semua yang dijadikan Allah di muka bumi ni berguna. Hanya manusia sahaja tidak tahu kerana tiada ilmu. Benarlah seperti firman Allah: Tidak Ku berikan ilmu melainkan sedikit…

  2. Gamemaster says:

    Betul tu abg putra.

  3. PakTeh says:

    antara satu tujuan Allah menumbuhkan lalang2 di tanah bumi-Nya ialah untuk menyedarkan tuan tanah tu bahawa beliau dah lama tak jenguk2 tanah tu.

    semakin tebal dan tinggi lalang, melambangkan masa yang cukup lama dibiarkan.

  4. GameMaster says:

    Itu sebab adanya lalang supaya tanah tidak kering kontang. Apabila tiadanya lalang, sekiranya hujan turun dengan lebat, akan membuatkan tanah runtuh. Setiap makhluk disisi Allah ada gunanya.

  5. syuhada says:

    nice one. even lalang ada gunanya.. manfaat bt mrk yg mahu mengambil iktibar.

  6. Anonymous says:

    salam.sy pernah dengar ade sorg ibu yang sangat miskin. die cabut lalang hingga ke akar nya. akar dikeringkan dan direbus untuk bagi anak2 makan sebab akar lalang boleh ganti gula. percaya tak? ibu tua yang tak tau sains pun tau hal ni, hehehe..

  7. GameMaster says:

    Tu saya tak tahu pulak.. Mungkin ada benarnya juga

  8. Atiesya says:

    tp saya suka pokok dan menghargainya biarpun pokok lalang sekalipun……di rumah sypun banyak lalang…lalang ni biarpun di tiup angin melintuk liuk ttp akarnya ttp teguh……salam hari minggu..salam singgah………..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s