Lulus Tak..

Salam, ini kisahnya teman saya yang mana dia sentiasa mengikut petua orang tua. Dia memulakan perjalanan dengan didahului langkah kanan. Suatu hari tibalah masanya untuk dia mengambil lesen memandu. Dengan gerak gerinya setiap langkah kanan, dia lulus ujian komputer dengan jayanya. Dia memulakan perjalannya dengan melangkah kanan, belajar memandu dan dia percaya dengan petua ini dan tidak bermasalah dalam belajar memandu kereta. Akhirnya tibalah masa dia diuji oleh pegawai JPJ. Untuk menguji parking, naik bukit dan akhir sekali jalan raya. Pegawai yang menguji beliau sentiasa memerhatikan dia sambil menggaru kepala.

Di akhir ujian, semua cara-cara memandu ditandakan oleh pegawai tersebut dengan baik akan tetapi ada satu perkara yang membuatkan pegawai tersebut kerut kepalanya dan sambil berkata “anda mendapat markah yang baik tetapi anda gagal dalam ujian ini kerana……” Dengan terperanjatnya kawan saya menanti jawapan tadi.. Lagi sekali saya meminta bantuan bloggers yang bijak pandai untuk menjawab soalan trivia ini..

P/S: Sila jawab ya..

19 thoughts on “Lulus Tak..

  1. aria ayumi says:

    erk… sebab ape yek.. tak ikut jalan yg ditetapkan kot… adehhh. tak reti lak kite bab2 nak teka nih. huhu

  2. GameMaster says:

    Takpe.. cuba lagi yee

  3. mba says:

    rasanya…. dia memegang gear dengan tangan kanan. Ia hanya sah bagi kereta ‘left hand drive’ sahaja.

  4. Aku Bukan Umar Al-Khatab says:

    keluar rumah patutnya kaki kiri…masuk rumah kaki kanan…

    masuk tandas kaki kiri…keluar kaki kanan…

    ke guana?…hehe

  5. GameMaster says:

    kurang tepat mba

  6. GameMaster says:

    Nantikan jawapan saya hari selasa sok

  7. PakTeh says:

    disuruh perlahankan kereta – tekan brek, dia dok tekan minyak kot? pedal minyak di kaki kanan.

  8. GameMaster says:

    Kurang tepat juga PakTeh

  9. mUaDZam ShaH says:

    gagal dlm ujian memecut !!

  10. GameMaster says:

    kurang tepat juga muadzam shah

  11. Mak Su says:

    dia nak ke kiri tapi telah bagi signal ke kanan?

  12. GameMaster says:

    Kurang tepat juga mak su

  13. JM says:

    dah hari selase ke belom ni
    nak tau jawapan ha
    penat dh perah otak
    sambil mencangkong ha depan pc..ekekek

  14. rainingheaven says:

    ni tak pakai seat belt ke?

  15. GameMaster says:

    Bukan tu jawapan dia…

  16. wan says:

    Err..

    sebab dia drive reverse??!?

    ke dia drive lawan arah mcm mr bean?

  17. GameMaster says:

    tak jugak.. malam nanti saya beritahu jawapan untuk soalan ini k

  18. SANU says:

    nak tau jawapannya…sebab dia ber’kaki ayam’…
    Betullah tu kot?

  19. GameMaster says:

    Ni Jawapan untuk soalan ini.. Berdasarkan pada permulaan cerita tadi, pemuda tersebut percaya segala gerak langkah kanan membawa tuah baginya. Tetapi apabila beliau membuka pintu kereta dan memasukkan kaki kanan padahal apabila kita hendak memasuki kereta sebagai driver kita masuk guna kaki kiri dahulu. Dengan itu, Penguji terpaksa menerangkan dan menunjukkan cara ketika hendak masuk dalam kereta ketika hendak memulakan perjalanan. Jadi kali ini tuah tidak menyebelahi pemuda tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s