Parlimen dibubar hari ini untuk pilihan raya umum ke-12


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan pembubaran Parlimen berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Beliau mengumumkan pembubaran itu pada satu sidang media di pejabatnya di sini, yang disiarkan secara langsung menerusi TV1 tengah hari ini.

Perdana Menteri juga mengumumkan semua kerajaan negeri dinasihatkan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing, kecuali Sarawak berkuatkuasa pada tarikh yang sama, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.

Katanya beliau sudah menghadap dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pagi ini untuk pembubaran Parlimen ke-11.

Pembubaran Parlimen ini dibuat 15 bulan lebih awal dari tarikh tamat tempoh penggal lima tahunnya yang akan berakhir pada 16 Mei 2009.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka bermesyuarat beberapa hari lagi bagi menetapkan tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian.

Ketika pengumuman yang turut dihadiri oleh timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdullah berharap pilihan raya umum yang bakal diadakan akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Katanya kerajaan Barisan Nasional (BN) berharap mendapat semula mandat dua pertiga seperti diperoleh pada pilihan raya umum ke-11 pada 2004.

Katanya jentera BN sudah disusun rapi dan bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum.

“Senarai calon sudah ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata BN akan menampilkan barisan calon terdiri muka lama dan baru, yang akan diumumkan sehari dua lagi.

Menurut Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan.

Bagaimanapun beberapa pilihan sebelum ini diadakan dalam tempoh 16 hingga 20 hari dari tarikh pembubaran. – Bernama

P/S: Pada yang dah cukup umur tu sila-silalah mengundi.. Saya belum cukup umur lagi

6 thoughts on “Parlimen dibubar hari ini untuk pilihan raya umum ke-12

  1. umi_e says:

    Ini kali pertama nak mengundi sebab sebelum2 ni asyik tak berpeluang je… dari ‘cukup umur’ time mengundi kebetulan berada di luar negerašŸ˜¦ ada satu tahun tu 90an nak undi tetiba nama tak ada dlm list padahal masa buat semakan ada (siap print lagik!!!)isshhkkkkk3x masa tu memang bengang… habis kena sumpah mereka yg bertugas hehehehehe ye ler baru 1st time ada dlm negara mada PRU tetiba depa buat hal… lepas2 tu pun tak dpt sebab ada kat luar lagi :S

    jeng3x kali ini sure awal2 lagi dah nak keluar mengundi… undi siapa??? UNDI ITU RAHSIA! hehehehe (tapi betul ke rahsia????)

  2. Nilam says:

    da cukup tapi tak daftar = xbley mengundi..

  3. mae says:

    sama lah kite…x daftar..undi itu rahsia..kalu x de no.siri..x bleh detect ke?

  4. amei79 says:

    sedih, saya belum lagik register sbg pengundi walaupun dah byk kali “cukup umur” utk mengundi…lolz

  5. GameMaster says:

    Kenapa tak register lagi amei79

  6. Pak Asdy says:

    Pesta lagi. Di blog saya http://saieedriss.blogspot.com ada kamus khas untuk memahami istilah pilihanraya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s