Dodol

Salam, selamat bertemu kembali.. Kepada bloggers yang dah cukup umur jangan lupa membuat semakan dan pilihlah yang anda berkenan untuk diundi. Kalau dipanjangkan umur sampai ke bulan ramadhan sekali kita jumpa hari raya aidilfitri. Tetapi kita tak perlu nak tunggu hari raya nak makan dodol. Disini saya akan berkongsi 2 cara untuk membuat dodol style orang-orang dulu.

Yang pertama, dodol yang menggunakan tepung pulut. Untuk membuat tepung pulut. Pulut direndam semalaman kemudian kisarkan pulut menjadi halus. Tapi pada zaman moden ini sudah ada tepung pulut anda boleh beli sahaja. Dahulu kita ukur menggunakan gantang untuk menyukat pulut manakala ukuran gula ikut kati dan kelapa mengikut biji.

Kita akan memulakan masak dodol dengan memasak tepung pulut terlebih dahulu dan kemudian dimasukkan santan dan masukkan garam secukup rasa. Kemudian dikacau sampai mendidih sehinggan menjadi “mertebak”. Kawalan api adalah penting, api tidak perlu besar dan kemudian masukkan gula. Kacau sehinggan pekat. Untuk mengetahui dodol tersebut sudah masak ambil daun pisang letakkan diatas dodol tadi dan angkat daun pisang tadi dan kalau tak melekat dodol tersebut sudah masak. Dodol dulu memakan masa sekurang-kurangnya 6 jam untuk benar-benar masak itu sebab dodol dahulu tahan lama.

Yang kedua, Beras pulut direndam semalaman dan terus masukkan kedalam kawah atau kuali dan masukkan air secukupnya dan masak ia sehingga menjadi bubur dan masak ia sehinggan halus. Dan kemudian masukkan santan dan kacau dan dimasukkan garam sedikit. Masukkan gula(apa jenis gula) dan kacau sehingga masak. Untuk menentukan dodol tersebut sudah masak letakkan daun pisang seperti kaedah pertama dan kalau tak melekat maka masakalah dodol tersebut. Anggaran masa memasak dodol ini adalah lingkungan 6 jam. Dulu kita membungkus dengan daun pisang untuk beberapa minggu. Untuk menyimpan lebih lama lagi kita boleh menyimpan didalam bakul yang dipanggil “Tampin” bakul yang dianyam dari mengkuang.

P/S: Selamat Mencuba..

6 thoughts on “Dodol

  1. Monster Mom says:

    MM bole buat dodol dlm masa 1/2 jam shj… guna microwave…
    sedap sama jugak…
    kalau pakcik n makcik tu tau, sure nangis gilaa…hihihi…

  2. GameMaster says:

    Tapi tu dodol yang tak tahan lama

  3. Nilam says:

    actually mak aku pengusaha dodol yang sangat gigih. tapi apsal tak penah lak dia rendam2 beras pulut?

    mau rasa dodol mak aku?

  4. GameMaster says:

    Itu dodol zaman dulu.. Sekarang tepung beras dah siap untuk digunakan.. Tq

  5. Lily.Lulu. says:

    saya tak makan dodol !!
    😀

  6. emet says:

    dodol ni skali skala makan sedap la kot… Esp time raya, memang best…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s