Belimbing

Salam, hari ini saya masih lagi menceritakan makanan-makanan lama terdiri daripada buah belimbing buluh, Sekiranya anda ingin mengetahui 2 jenis belimbing buluh yang ditanam. Satu yang berjenis besar saiznya. Jenis ini berwarna putih dan agak kurang masam. Belimbing yang kedua pula bewarna kehijauan dan lebih masam. Untuk jenis hijau, ia sesuai untuk membuat halwa dan juga sesuai untuk dibuat gulai lemak telur ikan, gulai lemak telur itik. Pada masa dulu, jenis belimbing yang hijau ini, banyak dibuat jeruk.

Apabila sudah menjadi jeruk. Ia amat enak dimakan bersama dengan belacan panggang ataupun belacan goreng dicampur dengan cili api. Seperti mana yang saya katakan dulu, Bunga belimbing boleh dibuat sirap untuk mengurangkan batuk. Usia pokok belimbing boleh bertahan sehingga 100 tahun. Daun belimbing juga boleh digunakan untuk ubatan tradisional untuk demam campak. Daunnya digiling lumat dicampur dengan sedikit beras dan mata kunyit dan disapu dibadan yang kena demam campak.. InsyaAllah akan sembuh penyakit..Selamat Mencuba..

11 thoughts on “Belimbing

  1. zino says:

    dua hari lepas zino singgah rumah biras.. ada banyak buah belimbing ni.. zino pun minta lah se plastik hehe minta mem masak gulai lomak tolo itek.. mak aii.. hehe

  2. Mr J@cK says:

    kt umah aku ade la sbatang pkok nih…
    bkn org yg mkn…
    musang gak yg sehat walafiat….

  3. GameMaster says:

    Musang pun bantai makan belimbing.. Macam mana reaksi musang tu makan belimbing masam tu ya

  4. kbguy says:

    rumah gua pun ada pokok belimbing ni. Tapi taklak orang makan..masam sangat lah . Cuma bagusnya ia berbuah tak lak musim..

  5. Nini says:

    belimbing buluh cicah garam…sodap..kekekeke. tapi bagi org yg tak suka masam, dinasihatkan jgn sesekali mencubanya

  6. manje says:

    belimbing yg wane putih jarang kita tgk ksn? rupebtk dia mcm yg wane ijau jgk ke?

    blog yg informatif… 🙂

  7. mrozaidi says:

    Lama Tak Makan Belimbing…

  8. Ku Ina ~Jentayutiara says:

    lapaq la pulak… masak lemak belimbing buluh dgn udang….

  9. yanglerni says:

    belimbing ni sedap dibuat jeruk macam jeruk biasa tu..caranya ambil botol nescaffe kecil tu…taruk air dan sesudu garam bersama belimbing tu, biar sehari..lepas tu taruk gula dlm dua sudu…dua hari lepas tu..erm sodap di makan…cuba la

  10. GameMaster says:

    Kat sini ada bloggers mesti ada yang tahan air liur, betul tak

  11. hanieliza says:

    kakliza pun ada tulir bab belimbing ni sebab kat umah akak buah belimbing ni non-stop berbuah…
    mmg banyak giler…sampaikans ekali eptik 7..8 kilo..tapi akak selalu bawa kat surau/masjid untuk aksi kawan2 yg sama belajar fardhu ain..
    boleh tenguk kisahnya disini.. http://hanieliza.fotopages.com/?entry=1198437

Leave a reply to GameMaster Cancel reply