BN perlu akui wujud kelemahan

KUALA LUMPUR 9 Mac – Barisan Nasional (BN) perlu mengakui wujud kelemahan pada kempen parti itu sehingga menyebabkan ia kalah di banyak negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, keutamaan perlu diberikan bagi melakukan post-mortem untuk mengenal pasti dan memperbaiki kelemahan itu.

“Kita menerima keputusan rakyat dan sedang mengkaji kelemahan itu supaya kita dapat melakukan lebih baik untuk mendapat sokongan daripada mereka.

“Tumpuan harus diberikan bagi mengetahui kehendak rakyat dan perlu bekerja lebih kuat untuk memenuhinya,’’ kata beliau ketika ditemui pemberita di Bilik Gerakan Ibu Pejabat BN di Menara Dato’ Onn di sini, awal pagi ini.

Muhammad berkata, kekalahan mengejut BN di beberapa negeri tidak harus dijadikan alasan untuk ia tidak meneruskan usaha bagi menyelesaikan segala masalah rakyat.

Dalam pada itu, beliau berkata, kejayaan BN membentuk semula Kerajaan Persekutuan walaupun dengan majoriti berkurangan menunjukkan rakyat masih menyokong kerajaan sedia ada.

“ Kita masih diberi mandat untuk mentadbir negara ini. Itu yang penting. Saya fikir kita menang kerana kita masih memerintah negara.

“Sokongan daripada rakyat walaupun dengan kemenangan satu undi adalah sokongan. Jadi sekarang kita menang besar, lebih 100 kerusi. Ini satu mandat yang besar,’’ ujarnya.

Menurutnya, kemenangan parti pembangkang itu membuktikan tuduhan mereka bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kurang telus adalah tidak berasas.

“Keputusan kali ini menunjukkan pilihan raya kita adalah bersih dan ia terbukti apabila pembangkang menang banyak kerusi,’’ ujarnya. – Utusan

Sumber: Utusan

3 thoughts on “BN perlu akui wujud kelemahan

  1. zino says:

    benar lah kata pepatah ..

    dah terantuk baru nak tengadah..

  2. echah_syed says:

    emcem org yg pakai baju biru iteww :p

  3. Nadlique says:

    Semoga PRU12 jadi teladan kepada BN untuk tidak terlalu ego dan bekerja dgn lebih keras lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s