Malaysia kutuk siar filem Fitna secara online

KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk keras tindakan tidak bertanggungjawab Ahli Parlimen Belanda Geert Wilders yang menyiarkan filem bertajuk Fitna secara online.

Bernama melaporkan, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata filem itu memaparkan Islam sebagai agama yang berkaitan dengan extremism dan keganasan, dan ia bukan saja terpesong dan salah, tetapi juga jelas tidak menghormati Islam serta tidak sensitif terhadap dunia Muslim.

“Jika rancangan beliau untuk mendapat keuntungan politik di negaranya, beliau perlu mengambil tanggungjawab penuh terhadap penyiaran filem itu dan segala tindak balas terhadap tindakannya,” menurut Rais dalam kenyataan yang dikeluarkan Wisma Putra di sini semalam.

Katanya Malaysia juga memohon kerajaan Belanda untuk mengambil langkah sewajarnya terhadap tindakan tidak bertanggungjawab itu dan berusaha ke arah menangani kesan daripada tindakan Wilders itu.

“Semasa kebebasan boleh dihormati, ia juga membawa tanggungjawab tertentu,” katanya.

Filem 15 minit disiarkan pada 27 Mac lalu, yang jelas mengkritik Islam itu mendapat bantahan serta kutukan banyak pihak termasuk Kesatuan Eropah dan masyarakat Islam di seluruh dunia.

Rais berkata, semua langkah yang sudah diambil bagi mempromosi dialog dan persefahaman antara pelbagai agama serta kebudayaan, tidak akan membuahkan sebarang kejayaan sekiranya pihak tertentu seperti Wilders serta sekutunya memilih untuk menyebarkan pembohongan dan kecaman atas nama kebebasan.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru umat Islam di seluruh dunia supaya memulaukan produk Belanda sebagai bantahan berkesan berikutan filem, Fitna, yang mengkritik al-Quran dan disiarkan di internet.

Beliau berkata, pemulauan itu boleh menyebabkan Belanda lumpuh kerana umat Islam meliputi sebahagian besar penduduk dunia yang kaya dan juga pengimport terbesar.

Semua 1.3 bilion umat Islam di dunia mestilah bersatu dan meletakkan kepentingan Islam dan umat Islam lebih daripada keperluan individu.

“Kalau nak pulau buatlah betul-betul. Tapi orang kita kata, dia (Belanda) pun berniaga dengan kita juga, kalau kita tahan dia, dia rugilah. Jadi (kalau begini) kita tak fikir sebagai orang Islam, kita fikir untuk kepentingan diri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-46 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini semalam.

Sumber: Berita Harian

P/S: Rakyat Malaysia digalakkan memboikot untuk membeli barang keluaran negara tersebut sebagai tanda marah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s