Pulau Batu Puteh sah milik Singapura

KUALA LUMPUR: Pulau Batu Puteh yang menjadi pertikaian antara Malaysia dan Singapura selama 28 tahun hari ini kini disahkan milik Singapura selepas ia diputuskan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda.

Keputusan ICJ itu akan disampaikan oleh Naib Presiden Mahkamah itu, Hakim Awn Shawkat Al Khasawneh yang juga Pemangku Presiden, tepat jam 5.50 petang.

Keputusan itu disiarkan secara langsung oleh RTM1, mulai kira jam 4 petang ini.

Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca (bahasa Portugal untuk “Batu Putih”) adalah sebuah pulau tunggul sebesar dua padang bola sepak, yang terletak di luar pantai tenggara Pengerang, Johor, Malaysia.

Luasnya 0.2 hektar, berbatu-batu dan kira-kira 12.8 km dari Pengerang dan 64 km ke timur Singapura dan hanya 20 minit dengan bot laju dari Teluk Ramunia, Pengerang, Johor.

Pertikaian kedaulatan pulau itu antara isu kedua-dua negara yang berlarutan hampir 28 tahun.

P/S: Apa pandangan anda semua..

2 thoughts on “Pulau Batu Puteh sah milik Singapura

  1. ryann says:

    pulau itu kecil tetapi ia seakan simbol kedaulatan negara kita. kerana kesilapan lalu pulau yang memang jelas milik negara terlepas kerana bertahun tahun membiarkannya

  2. GameMaster says:

    Jadikan perkara ini sebagai iktibar.. Harap jangan berlaku lagi lepas ni

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s