Mentalam Durian Kepala Bergoyang

Salam.. hari ini saya berikan resepi tradisional orang dulu-dulu.. Resepinya ialah mentalam durian.

Bahan-bahannya

1. Gula secukup rasa.
2.Tepung beras 1 kilo
3. Kelapa dua biji
4. Durian secukup rasa.
5. Gula Merah
6. Gula Pasir
7. Garam secukup rasa.
8. Air.

Cara-cara

1. Asingkan santan cair dengan pati santan kira-kira semangkuk
2. Santan yang cair tadi dibancuh dengan tepung supaya ia tidak cair dan tidak pekat..
3. Asingkan tepung yang dibancuh tadi menjadi dua bahagian.. Satu untuk kepala satu untuk dasar.
4. Masakkan gula merah dengan gula putih.. Pastikan ia tidak cair sangat.
5. Isi durian tadi hendaklah diasingkan dari bijinya.. Ambil isi sahaja..
6. Kacau isi durian di dalam mangkuk supaya ia rata. (Guna mesin pengisar)
7. Tepung untuk dasar dicampur dengan sedikit garam.. Manakala tepung untuk kepala pula kita campurkan dengan durian, gula, tepung dikacau hingga sebati.. Dan masukkan santan pati tadi dalam bancuhan kepala tadi.
8. Kukus bahagian dasar dahulu dalam loyang sampai tepung tersebut berkilat dan kemudian campurkan adunan bahagian kepala tadi dan tutup loyang tadi sehingga ia masak.

Selamat mencuba..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s